Sunday, October 30, 2011

SYOR WUJUD WEO UNTUK TANGANI ALAM SEKITAR


pbb

KUALA LUMPUR: Malaysia semalam mencadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia (WEO) bagi memacu usaha global untuk alam sekitar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata cadangan penubuhan badan alam sekitar itu perlu bagi memudahkan dan membantu negara anggota memenuhi komitmen hasil daripada persetujuan bersama mereka.

Katanya, hanya melalui penambahbaikan besar sistem urus tadbir, membolehkan dunia menangani cabaran alam sekitar yang mapan. Ia hampir mustahil untuk negara membangun mengambil bahagian secara bermakna. Negara yang boleh menampung sistem berkenaan hanyalah yang kaya sementara negara yang membangun dinafikan haknya.

Badan baru seperti WEO boleh membantu penyertaan negara membangun dengan cara yang lebih realistik dan bermakna.

Teks ucapan Najib dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Perdana Menteri berkata, sejak beberapa tahun lalu, masyarakat antarabangsa menerima ratusan perjanjian alam sekitar (MEA) pelbagai hala, semuanya dengan sekretariat dan pentadbiran masing-masing.

Antara 1992 hingga 2007, menerusi 18 MEA besar saja, 540 mesyuarat diadakan yang menghasilkan lebih 5,000 keputusan yang sepatutnya diambil tindakan oleh negara yang terbabit, katanya.

Najib berkata, kongres di Brazil dari 4 hingga 6 Jun tahun depan, akan memberi peluang yang kena pada masanya bagi meneliti norma dan prinsip keadilan, urus tadbir dan undang-undang kemapanan alam sekitar dan kaitan antaranya.

Beliau berkata, kongres itu perlu menyediakan peluang untuk mengambil keputusan terhadap langkah kepada evolusi dan pelaksanaan norma dan prinsip berkenaan, yang akan menyediakan cara menangani cabaran kemapanan abad ke-21.

Najib berkata, peserta mesyuarat persediaan itu akan berpeluang menyampaikan mesej jelas bagaimana mereka boleh bergerak pada pelbagai peringkat urus tadbir alam sekitar antarabangsa dengan membawa perspektif baru untuk dibahaskan.

Menurut Najib, mesyuarat persediaan ini adalah penting kerana ia akan memberi peluang untuk meletak asas kepada perbincangan yang akan dibuat di Kongres Sedunia. Kongres Sedunia adalah peluang unik untuk dilibatkan perbahasan mengenai urus tadbir Rio+20 dan menjadi peserta aktif, terutama untuk negara membangun yang cadangannya menyamai keperluan kita untuk pembangunan.

Pengarah Bahagian Undang-Undang Alam Sekitar dan Konvensyen Program Alam Sekitar PBB, Bakary Kanter, berkata cadangan Perdana Menteri ke arah kelestarian alam sekitar adalah langkah besar untuk alam sekitar global.

Ini pertama kali seorang pemimpin menyatakan pandangan maju mengenai WEO. Perdana Menteri memahami bagaimana alam sekitar adalah penting kepada masa depan negara ini dan dunia.

Disunting Daripada Berita Harian

KAMPUNG JADI PEKAN MODEN


program_tranformasi_kerajaan


KUALA LUMPUR: Kampung dan kawasan luar bandar akan berubah menjadi pekan atau bandar kecil moden yang mampu menarik pelaburan sekali gus meningkatkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan baru

kepada penduduk menerusi Program Transformasi Luar Bandar, bermula tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memberi jaminan usaha itu tidak akan mengorbankan nilai dan budaya masyarakat desa.

Katanya, program transformasi itu akan dipacu menerusi sistem penyampaian bersepadu oleh seluruh agensi kerajaan berkaitan, yang akan mengubah landskap sosioekonomi luar bandar menjelang Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Katanya, Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 Jumaat lalu, membuktikan kesungguhan untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya masyarakatnya tidak ketinggalan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hasil kemajuan negara selama ini.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Program Transformasi Luar Bandar adalah pelengkap program transformasi menyeluruh negara di mana ia menjadikan kawasan luar bandar mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi, serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

Antara langkah yang akan diambil ialah mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasi perkhidmatan mencakupi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga.

Sebagai permulaan, Terminal Agrobisnes Negara atau TEMAN di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, Perak akan dimajukan sebagai projek perintis RTC. Di samping itu, empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan kecil. Bagi tujuan itu, dana berjumlah RM100 juta disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) secara pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus. Di samping itu, surat cara perjanjian pembiayaan skim ini turut diberi pengecualian duti setem.

Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang membabitkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta.

RISDA akan melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit dengan peruntukan RM140 juta yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, landskap kampung dijangka berubah dengan infrastruktur asas yang lengkap meliputi bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Infrastruktur lengkap akan memudahkan proses pembelajaran generasi muda seterusnya membantu mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan yang akan menambah bilangan mereka yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke universiti, termasuk di luar negara.

Penduduk luar bandar juga akan lebih mudah menguruskan pemasaran produk pertanian dan hasil kampung mereka, sekali gus menambah pendapatan mereka.

Katanya matlamat kerajaan adalah membawa keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat luar bandar untuk menikmati pembangunan negara tanpa mengorbankan nilai serta budaya masyarakat desa termasuk semangat bergotong-royong dengan mengambil Jepun sebagai model.

Sementara itu, pada sesi dialog Bajet 2012 dengan sidang pengarang Berita Harian di Balai Berita di sini, semalam, Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Dr Sundaran Annamalai berkata, menerusi RTC semua hasil pertanian dan perikanan akan diedarkan di pasar raya besar dan kedai runcit yang dibina di situ.


Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

JAKIM, JABATAN PEGUAM KAJI RANG UNDANG-UNDANG PROFESION GUAMAN SYARIE


logo-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim-


KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian bagi merangka Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie bagi memartabatkan kedudukan



profesion guaman syarie dan sistem kehakiman syariah di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Jakim bersama-sama Jabatan Kehakiman Syariah dan Persatuan Guaman Syarie sedang mencari pendekatan terbaik untuk merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan undang-undang itu.
Katanya pada persidangan Dewan Rakyat semlaam, konsep asas bagi memastikan pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti adalah lengkap dan komprehensif serta mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Dr Mashitah berkata demikian semasa menjawab soalan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) mengenai penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie dan bila akta itu akan dibentangkan di Parlimen. Timbalan Menteri itu berkata kerajaan bersungguh-sungguh menggubal akta berkenaan bagi memantau profesionalisme selain memelihara hak serta kebajikan peguam-peguam syarie di negara ini.
Berita disunting daripada sumber : BERNAMA

Monday, October 17, 2011

SULTAN KEDAH AGONG BARU


TERKINI: Sultan Kedah Diisytihar Agong Baru
KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini

MYKAD BARU 2012

Gambar Mykad Baru 2012 yang akan digunakan mulai awal januari tahun depan. Kad pengenalan baru ini lengkap dengan ciri keselamatan yang kukuh dari sebelumnya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
MyKad baru ini diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
Invalid Domain Name
GAMBAR MYKAD BARU JANUARI 2012 DAN CIRI KESELAMATAN

KAMPUNG MENJADI PEKAN

KUALA LUMPUR: Kampung dan kawasan luar bandar akan berubah menjadi pekan atau bandar kecil moden yang mampu menarik pelaburan sekali gus meningkatkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan baru

kepada penduduk menerusi Program Transformasi Luar Bandar, bermula tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memberi jaminan usaha itu tidak akan mengorbankan nilai dan budaya masyarakat desa.

Katanya, program transformasi itu akan dipacu menerusi sistem penyampaian bersepadu oleh seluruh agensi kerajaan berkaitan, yang akan mengubah landskap sosioekonomi luar bandar menjelang Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Katanya, Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 Jumaat lalu, membuktikan kesungguhan untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya masyarakatnya tidak ketinggalan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hasil kemajuan negara selama ini.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Program Transformasi Luar Bandar adalah pelengkap program transformasi menyeluruh negara di mana ia menjadikan kawasan luar bandar mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi, serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

Antara langkah yang akan diambil ialah mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasi perkhidmatan mencakupi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga.

Sebagai permulaan, Terminal Agrobisnes Negara atau TEMAN di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, Perak akan dimajukan sebagai projek perintis RTC. Di samping itu, empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan kecil. Bagi tujuan itu, dana berjumlah RM100 juta disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) secara pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus. Di samping itu, surat cara perjanjian pembiayaan skim ini turut diberi pengecualian duti setem.

Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang membabitkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta.

RISDA akan melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit dengan peruntukan RM140 juta yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, landskap kampung dijangka berubah dengan infrastruktur asas yang lengkap meliputi bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Infrastruktur lengkap akan memudahkan proses pembelajaran generasi muda seterusnya membantu mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan yang akan menambah bilangan mereka yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke universiti, termasuk di luar negara.

Penduduk luar bandar juga akan lebih mudah menguruskan pemasaran produk pertanian dan hasil kampung mereka, sekali gus menambah pendapatan mereka.

Katanya matlamat kerajaan adalah membawa keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat luar bandar untuk menikmati pembangunan negara tanpa mengorbankan nilai serta budaya masyarakat desa termasuk semangat bergotong-royong dengan mengambil Jepun sebagai model.

Sementara itu, pada sesi dialog Bajet 2012 dengan sidang pengarang Berita Harian di Balai Berita di sini, semalam, Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Dr Sundaran Annamalai berkata, menerusi RTC semua hasil pertanian dan perikanan akan diedarkan di pasar raya besar dan kedai runcit yang dibina di situ.


Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Wednesday, October 5, 2011

NEGERI-NEGERI YANG MEMPUNYAI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI:
1. SARAWAK
2. SELANGOR
3. JOHOR
4. PERAK
5. TERENGGANU
6. KEDAH
7. KELANTAN
8. SABAH

Tuesday, October 4, 2011

SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

BIDANG KUASA DAN FUNGSI

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang, menyelia dan menguatkuasa semua hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia

  • Kuasa Merancang
    Melakar pelan induk yang komprehensif, bersepadu dan mapan bagi pembangunan infrastruktur.

  • Kuasa Mengawal Selia
    Memantau mengawal selia tahap dan perkhidmatan yang diberikan oleh operator melalui perlesenan.


  • Penguatkuasa
    Kuasa bagi menguatkuasa adalah dalam lingkungan audit, siasatan, pembatalan/penggantungan lesen, menyita kenderaan dan penalti kepada pengendali.