Wednesday, May 9, 2012

PAHANG TETAP KORPORATKAN JBA KUANTAN


Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan diteruskan walaupun mendapat bantahan beberapa pihak terutama kakitangannya. Beliau berkata, berdasarkan keputusan yang dibuat kerajaan, JBA akan menjadi satu badan korporat dan dikenali sebagai Perbadanan Air Pahang (PAIP), bermula esok. Pengkorporatan itu tidak perlu ditangguh kerana kerajaan negeri sudah melakukan kajian dan mengadakan perbincangan terperinci sebelum memutuskan untuk berbuat demikian. Beliau tidak nampak mengapa ada pihak perlu membantah kerana melalui proses ini, tiada seorang pun pegawai tinggi atau kakitangan rendah JBA akan diberhentikan. Sebaliknya, ia akan meningkatkan kecekapan JBA, terutama pengurusannya menjadi lebih berkesan. Adnan diminta mengulas desakan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman supaya kerajaan negeri menangguhkan pengkorporatan jabatan itu. Omar dipetik sebagai berkata, warga kerja JBA tidak diberi maklumat berkaitan terma dan syarat pengkorporatan. Mengulas lanjut, Adnan berkata, kekeliruan itu berpunca daripada salah faham dan akan diperjelaskan dalam sesi penerangan yang akan diadakan secepat mungkin kepada pegawai dan kakitangan JBA. Seperkara lagi, apa yang akan berlaku ialah JBA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan, iaitu hibrid antara swasta, korporat dan elemen kerajaan. Ia tidak menumpukan sepenuhnya kepada aspek perniagaan tetapi masih ada elemen kerajaan menjaga kepentingan rakyat. Adnan turut memberi jaminan bahawa tarif air tetap sama dan tidak akan dinaikkan selepas PAIP mengambil alih perkhidmatan bekalan air di negeri ini, malah akan diberi peruntukan tetap RM50 juta setahun untuk tempoh lima tahun bagi mempertingkatkan sistem bekalan air di seluruh negeri. Pengkorporatan JBA tidak akan merugikan kerajaan kerana tujuannya adalah untuk melupuskan hutang kerajaan. Beliautidak akan membuat sesuatu yang tidak disukai dan menyusahkan rakyat kerana kita mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat. Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment