Sunday, July 31, 2011

MEMERANGI KOS KEHIDUPAN JADI SATU LAGI BIDANG NKRA

MEMERANGI KOS KEHIDUPAN JADI SATU LAGI BIDANG NKRA

najib.d

PUTRAJAYA, - Kabinet Rabu memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata langkah itu menjadikan bidang NKRA menjadi tujuh kesemuanya dan bukan lagi enam seperti sebelum ini.

Katanya, enam NKRA telah diputuskan hampir dua tahun lalu, berdasarkan kepada kajian dan penelitian mengenai apa yang dikehendaki dan dituntut oleh rakyat dari segi apa yang patut dilakukan oleh kerajaan. Pada masa itu, tidak terdapat fenomena global kenaikan harga barangan makanan terutama sekali yang sedang melanda semua negara di dunia.

Tambahnya selepas majlis dialog pertama Meja Bulat Online 1Malaysia bersama tokoh dan personaliti yang terlibat dalam bidang masing-masing, di pejabat Perdana, berikutan fenomena itu telah membawa impaknya kepada rakyat Malaysia, maka kerajaan berpendapat ini sudahpun menjadi isu utama di kalangan rakyat dan justeru itu, kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat.

Enam teras NKRA sedia ada ialah membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Najib berkata kementerian yang terlibat akan bertanggungjawab mengenai barangan makanan atau perkhidmatan yang membabitkan rakyat dan juga Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dalam menguruskan makmal dengan kementerian-kementerian yang sesuai.

Katanya kita akan menggunakan kepakaran Pemandu untuk membantu agensi dan kementerian termasuk jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung harga barangan dan langkah untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

Beliau berkata langkah-langkah yang telah dibuat akan diteruskan seperti kebanyakan harga barangan dikawal oleh kerajaan dan sistem subsidi yang masih dikekalkan bagi kebanyakan barangan keperluan rakyat.

Jelasnya kita ada inisiatif seperti klinik 1Malaysia yang memberi perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja dan kita ada rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang pertama yang telah dimulakan dan sedang diperluaskan ke seluruh negara.

Najib berkata langkah sedemikian boleh memberi kesan kepada kepentingan rakyat seperti langkah untuk mengurangkan harga ayam di pasaran seperti yang telah dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mengadakan rundingan dengan pihak yang terlibat dalam industri ternakan ayam.

Katanya bidang NKRA yang ketujuh itu merangkumi aspek utama yang memberi kesan kepada rakyat, iaitu bukan sahaja makanan tetapi juga keperluan lain yang akan diberi keutamaan tertinggi apabila ia dijadikan sebagai satu lagi bidang NKRA.

Tambahnya kita sudahpun mulakan langkahnya. Kita nak tengok dari segi rangkaian bekalan bagaimana kita boleh meliberalkan rangkaian bekalan, mungkin kita boleh benarkan pengimportan yang lebih untuk menambah bekalan pada pasaran.

Kedua, sama ada dalam negara kita boleh menyediakan kawasan tanah lapang dan tanah yang tidak digunakan untuk pengeluaran barang makanan dan kita perlu lihat juga dari kos input iaitu barangan makanan untuk ternakan dan sebagainya sama ada boleh mencari alternatif yang lebih rendah lagi.

Najib berkata sebarang cadangan yang baik berhubung perkara itu boleh dipertimbangkan dalam belanjawan akan datang.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa keputusan Kabinet itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum.

Katanya apabila kita mulakan NKRA, ia bukan kerana pilihan raya, ia adalah kerana rakyat mahu kita berbuat demikian. Pada masa yang sama, ia bukan satu isu kerana jika tidak kita mungkin jalankannya sebagai satu daripada NKRA pada masa itu, tapi kali ini kita sedar ia adalah satu isu dan oleh itu kita perlu tanganinya.


Berita disunting daripada sumber : BERNAMA

SYOR POLISI KHAS ISU GENDER


shahrizat

PUTRAJAYA: Semua kementerian wajar membangunkan satu polisi khas berhubung isu gender di kementerian masing-masing, supaya dapat disepadukan di semua peringkat perancangan, penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan.




Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata isu kesamarataan gender bukan tanggungjawab kementeriannya, tetapi juga kementerian lain, agensi dan pihak berkepentingan. Semua pihak mempunyai kepakaran dan kemahiran tertentu diminta untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan inisiatif mengarusperdanakan gender.





Justeru, langkah melantik pegawai kanan wanita sebagai Gender Focal Point (GFP) di kementerian terbabit amat dihargai supaya langkah sewajarnya mengenai isu gender dapat dijalankan dengan lebih berkesan beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Bengkel Gender Focal Point (GFP) semalam.





Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur. Bengkel sehari anjuran Institut Pemerkasaan Wanita Bagi Anggota Pergerakaan Negara Berkecuali (NIEW) bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan isu gender serta sebagai landasan mengarusperdanakan gender di setiap kementerian.






Selain itu, Shahrizat berkata, kementeriannya juga akan meneruskan usaha merapatkan jurang antara wanita dan lelaki berpandukan polisi serta strategi sedia ada.













Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Sunday, July 24, 2011

HUKUMAN MATI DAN SEBATAN

Setelah 4 tahun, semalam Mahkamah Persekutuan telah membebaskan hukuman mati keatas bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan yang didapati bersalah membunuh adik Nurul Huda .

Bagi kesalahan merogol , mahkamah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan . Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu.

BADAN BERKANUN YANG DISWASTAKAN


Senarai Badan-Badan Berkanun Kerajaan yang Telah Diswastakan sehingga 31 Disember 1998

BIL.

ENTITI/PROJEK YANG DISWASTAKAN

BENTUK

TAHUN

1.

Sports Toto Malaysia Berhad
Penjualan Ekuiti
1985

2.

Malaysia Airline System Bhd.
Penyenaraian Awam
1985

3.

Terminal Kontena Pelabuhan Kelang
Penjualan Aset + Pajakan
1986

4.

Malaysia International Shipping Corporation Bhd. (MISC)
Penyenaraian Awam
1986

5.

Pelabuhan Klang
Penjualan Aset
1992

6.

Pelabuhan Melaka
Penjualan Aset
1992

7.

Pelabuhan Pulau Pinang
Koporatasi
1994

8.

Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak
Koporatasi
1994

9.

Johor Port Sdn. Bhd.
Korporatasi/Penjualan Ekuiti
1994

10.

Syarikat Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS)
Korporatasi/Penjualan Ekuiti
1994

11.

Pelabuhan Kedua, Johor
Bina-Kendali-Pindah
1995

12.

Pelabuhan Barat Klang
Bina-Kendali-Pindah
1995

13.

Balai Seni Lukis Negara
Bina-Kendali-Pindah
1995

14.

Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO)
Penjualan Ekuiti
1995

15.

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
Kontrak Pengurusan
1996

16.

Sabah Land Development Board (SLDB) Koporatasi
1996

17.

Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) Koporatasi
1996

18.

Taman Teknologi Malaysia Koporatasi
1996

19.

Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS) Koporatasi
1996

20.

Institut Latihan Prai (ILP) Pajakan Aset
1996

21.

Penswastaan Akademi Laut Malaysia Pajakan Aset
1996

22.

Kulitkraf Sdn. Bhd. Pembelian Oleh Pengurusan
1996

23.

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) Pembelian Oleh Pengurusan
1996

24.

Penswastaan Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) Penjualan Aset
1996

25.

Pengkorporatan FELCRA Koporatasi
1997

26.

Syarikat Majutani (KEDA) Sdn. Bhd. P.S.O.P.P
1997

Terakhir Dikemaskini Rabu, 09 Disember 2009 09:09

Friday, July 22, 2011

TELITI SEGERA KES HINA ISLAM'

'

twitter_kecik

JELEBU: Jabatan Peguam Negara semalam diminta meneliti semula status laporan berhubung beberapa tindakan yang dikatakan menghina kesucian Islam dan kebudayaan Melayu dalam Internet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tiada kata putus daripada jabatan itu berhubung 14 laporan mengenai perkara berkenaan yang dihantar melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut beliau, terdapt lima lagi kes sedang disusun SKMM dengan kerjasama polis, katanya selepas Program Jejak Adat dan anak-anak angkat pelajar Universiti Utara Malaysia di Kampung Gagu, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengendali laman Twitter, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan menghina Islam dalam tulisannya malahan memperkecilkan usaha SKMM dan Kementerian Dalam Negeri yang cuba menghalangnya.

Beliau berharap Jabatan Peguam Negara tidak menganggap laporan itu seperti kes- biasa bagi mengelakkan masyarakat mempersoal sistem perundangan negara.

NEGARA KINI ADA 32,979 DOKTOR


doktor

MELAKA: Negara kini memiliki seramai 32,979 doktor perubatan dengan nisbah setiap seorang untuk 857 populasi sehingga tahun lalu, berbanding seorang bagi setiap 1,490 populasi kira-kira 10 tahun lalu.




Daripada bilangan itu, kira-kira 22,429 atau 68 peratus daripadanya berkhidmat dalam sektor awam.







Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata perkembangan itu memberi keyakinan kepada pihaknya untuk mencapai sasaran mengurangkan nisbah berkenaan kepada 400 bagi seorang doktor pada 2020.







Beliau berkata, sasaran ini dijangka dapat dicapai seiring dengan pertambahan jumlah institusi perubatan dan kuota pengambilan pelajar jurusan perubatan di institusi pendidikan yang menawarkan program itu. Sehingga Disember 2010, negara mempunyai 33 institusi pendidikan perubatan berbanding 10 pada 2000.







Menurutnya, sebanyak 11 daripadanya adalah milik kerajaan, manakala 22 lagi di bawah kendalian swasta. Majlis Perubatan Malaysia (MMA) juga mengiktiraf 371 ijazah perubatan yang ditawarkan di dalam dan luar negara. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pelajar Perubatan Antarabangsa Malaysia (MIMSC) 2011 kali ketiga di Kolej Perubatan Melaka-Manipal (MMMC) di sini, semalam. Hadir sama Pegawai Eksekutif MMMC, Prof Datuk Dr Abdul Razzak Mohd Said dan Pengerusi Penganjur MIMSC 2011, Vincent Khor Wei Sheng.









Dr Hasan berkata, selain sasaran kadar nisbah berkenaan, kementerian turut menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pengagihan doktor perubatan klinik di kawasan luar dan dalam bandar yang masih rendah. Katanya, di Sabah dan Sarawak misalnya, kebanyakan klinik masih dikendalikan pembantu pegawai perubatan. Pada tahun lalu, daripada 19,429 doktor di bawah kementerian, hanya 1,339 doktor perubatan berkhidmat di Sabah sementara di Sarawak pula 1,254 doktor.










Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

MANSUH VISA PEGAWAI DIPLOMATIK KE KAZAKHSTAN


kazakhstan

PEMANSUHAN visa untuk pegawai diplomatik, menambah kekerapan penerbangan, meningkatkan penyertaan sektor swasta, projek usaha sama dan pertukaran tanah untuk pembinaan bangunan kedutaan adalah antara perkara dijangka dibincang dan diselesaikan


sempena lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan, bermula semalam.

Dalam lawatan lima hari itu, Perdana Menteri juga akan menyentuh komitmen berterusan Malaysia untuk bantuan teknikal kepada Kazakhstan, selain mencari jalan mengatasi ketidakseimbangan dagangan dua hala yang ketika ini lebih memihak kepada Malaysia.

Rombongan Najib yang turut disertai Datin Seri Rosmah Mansor dan lima menteri Kabinet juga dilihat mahu membuktikan kesungguhan Malaysia mengambil peluang daripada kepesatan ekonomi dan peluang pelaburan serta perniagaan di negara ini.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Wednesday, July 20, 2011

SELANGKAH 4.0 SIRI 1

UJIAN PENGAJIAN AM KERTAS 1. ' SELANGKAH 4.0' DILAKSANAKAN PADA HARI INI. MARKAH AKAN CGU KELUARKAN PADA HARI ISNIN. SILA LIHAT DI DALAM BLOG ATAUPUN FB PENGAJIAN AM SEMEGA

ZOPFAN

ASEAN DAN KERJASAMA POLITIK

(MALISSA)

ZOPFAN(Zon Aman,Bebas,dan Berkecuali)

Objektif ZOPFAN adalah untuk:

(a)menjamin keamanan dan kestabilan politik rantau AsiaTenggara

(b)menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan

(c)mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara

Rakyat Negara-negara anggota ASEAN berhak menentukan nasib negaranya sendiri.

Oleh itu,terdapat seruan agar tentera asing berundur dari Asia Tenggara(tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Teluk Subic dan pangkalan Clarke di Filipina)

SEANWFZ(Zon Bebas senjata Nuklear Asia Tenggara)

Matlamat SEANFWZ adalah untuk;

(a)membebaskan rantau Asia Tenggara daripada pencaturan politik kuasa-kuasa besar

(b)mengelakkan kemungkinan perlumbaan senjata nuklear di rantau Asia Tenggara

(c)menjamin keselamatan perairan di Asia Tenggara

Forum serantau ASEAN(ARF)

Objektif utama ARF ialah;

(a)menjalin dialog dan rundingan konstruktif berkaitan dengan isu politik dan keselamatan demi kepentingan bersama

(b)membuat sumbangan signifikan terhadap usaha untuk memupuk keyakinan dan diplomasi di rantau Asia Pasifik

ASEM

MESYUARAT ASIA-EROPAH (ASEM)

OLEH: MOHD. SHAFIQ BIN AMIN

· Memiliki 26 anggota iaitu;

o Brunei

o China

o Indonesia

o Jepun

o Korea Selatan

o Malaysia

o Filipina

o Singapura

o Thailand

o Vietnam

o Austria

o Belgium

o Denmark

o Finland

o Perancis

o Jerman

o Greek

o Ireland

o Itali

o Luxemburg

o Belanda

o Portugis

o Sepanyol

o Sweden

o United Kingdom

o Suruhanjaya Eropah (EC)

· Membawa masuk 13 buah negara lain pada siding kemuncak 2007

· Negara-negara tersebut ialah;

o Laos

o Myanmar

o Kemboja

o Cyprus

o Republik Czech

o Estonia

o Hungary

o Latvia

o Lithuania

o Slovakia

o Slovenia

· ASEM Kelima bertema “Menyuburkan Semula dan Mengukuhkan Lagi Perkongsian Asia-Eropah” telah menyatukan ketua kerajaan sejak sidang kemuncak pertama (1996).

· Pada sidang kemuncak 2007, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan perjumpaan dua hala dengan ;

o Canselor Jerman ,Gerhard Schroeder

o Perdana Menteri Finland, Matti Tanali Vanhanen

o Perdana Menteri Sweden, Goran Persson

o Timbalan Menteri Sepanyol, Maria Teresa de la Vega

o Timbalan Perdana Menteri Itali, Gianfrancoa Fini.

APEC

APEC ( kerjasama ekonomi asia pasifik)

Oleh

MOHD. AMIRUDDIN BIN JULITA

APEC

Matlamat:

Mengeratkan hubungan kerjasama ekonomi antara Negara anggota;

Memberikan galakan pasaran terbuka di Negara anggota;

Memajukan perdagangan bebas tanpa mengenakan cukai yang tinggi;

Tidak bergantung kepada ekonomi negaraasia-pasifik dalam perdagangan dunia;

Menggalakkan pengaliran barangan, perkhidmatan serta modal dan teknologi;

Membangunkan perdagangan terbuka pelbagai hala;

Menyelaraskan perdagangan dan perkhidmatandi bawah prinsip general agreement on tariffs and trades (GATT) dengan mengurangkan sekatan ekonomi.

Peranan Malaysia dalam APEC:

Mempengerusikan aktiviti APEC pada tahun 1998.

Menekankan liberalisasi perdagangan dan ekonomi;

Menyediakan kemudahan perdagangan dengan mengenakan cukai barangan yang rendah;

Memberi kerjasama dengan Negara ahli untuk membeli dan menjual barangan luar dengan mengenakan cukai import yang rendah supaya barangan luar Negara dapat bersaing dengan barangan dalam Negara;

Menggalakkan kerjasama dan ekonomi.

SKIM RUMAH KUALITI MAMPU MILIK DIPERLUAS


muhyiddin2


GEORGETOWN: Kerajaan akan memperluaskan skim rumah kualiti mampu milik ke seluruh negara bagi memastikan rakyat berpendapatan sederhana mampu memiliki rumah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program berkenaan yang menjadi salah satu projek pembangunan sosial mulai tahun ini, akan dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta.

Katanya, sebagai permulaan, skim berkenaan akan dilancarkan di dua lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal Julai depan. Di Pulau Pinang, kita akan kenal pasti kawasan yang sesuai untuk dilaksanakan dan bekerjasama dengan swasta. Ini amat wajar diberi perhatian termasuk mereka yang beli rumah pertama, yang baru bekerja tetapi tidak mampu membeli rumah. Kerajaan akan beri perhatian kepada mereka.


Muhyiddin juga berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada dasarnya setuju menyediakan dana khas bagi memperbaiki kerosakan kemudahan asas di rumah pangsa seperti lif demi kepentingan penghuni.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Najib mengenai pelbagai isu rumah pangsa kerana tidak diurus dengan sempurna berikutan masalah pengurusan seperti jawatankuasa pengurusan yang tidak berfungsi dengan baik.

Pada prinsipnya dana khas akan disediakan dan digunakan untuk perbaiki walaupun rumah itu milik swasta tetapi kerana mereka tidak mampu menguruskannya, maka akan guna dana yang disediakan.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) diminta mengemukakan laporan lengkap kontroversi pemilihan syarikat bagi membangunkan Bukit Bintang City Centre (BBCC) di tapak bekas Penjara Pudu di Kuala Lumpur untuk dimaklumkan kepada Kabinet.

Beliau berharap laporan itu dapat menamatkan polemik antara beberapa pemimpin UMNO khususnya Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dengan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian