Wednesday, July 20, 2011

SKIM RUMAH KUALITI MAMPU MILIK DIPERLUAS


muhyiddin2


GEORGETOWN: Kerajaan akan memperluaskan skim rumah kualiti mampu milik ke seluruh negara bagi memastikan rakyat berpendapatan sederhana mampu memiliki rumah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program berkenaan yang menjadi salah satu projek pembangunan sosial mulai tahun ini, akan dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta.

Katanya, sebagai permulaan, skim berkenaan akan dilancarkan di dua lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal Julai depan. Di Pulau Pinang, kita akan kenal pasti kawasan yang sesuai untuk dilaksanakan dan bekerjasama dengan swasta. Ini amat wajar diberi perhatian termasuk mereka yang beli rumah pertama, yang baru bekerja tetapi tidak mampu membeli rumah. Kerajaan akan beri perhatian kepada mereka.


Muhyiddin juga berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada dasarnya setuju menyediakan dana khas bagi memperbaiki kerosakan kemudahan asas di rumah pangsa seperti lif demi kepentingan penghuni.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Najib mengenai pelbagai isu rumah pangsa kerana tidak diurus dengan sempurna berikutan masalah pengurusan seperti jawatankuasa pengurusan yang tidak berfungsi dengan baik.

Pada prinsipnya dana khas akan disediakan dan digunakan untuk perbaiki walaupun rumah itu milik swasta tetapi kerana mereka tidak mampu menguruskannya, maka akan guna dana yang disediakan.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) diminta mengemukakan laporan lengkap kontroversi pemilihan syarikat bagi membangunkan Bukit Bintang City Centre (BBCC) di tapak bekas Penjara Pudu di Kuala Lumpur untuk dimaklumkan kepada Kabinet.

Beliau berharap laporan itu dapat menamatkan polemik antara beberapa pemimpin UMNO khususnya Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dengan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment